Breaking News
Loading...
Wednesday, July 10, 2013

Info Post




Banyak sebenarnya harga yang terpaksa dibayar untuk menjadi seorang bintang Bollywood. Selain kehilangan privasi dalam kehidupan peribadi mereka, kebanyakan bintang Bollywood juga terpaksa berdepan dengan beberapa kecederaan yang tidak dapat dielakkan dek kerana sibuk melakukan pelbagai aksi yang padat dalam setiap babak filem yang dijayakan.

Bermula dengan Shah Rukh Khan yang berdepan dengan kecederaan di bahagian tubuhnya hingga dia terpaksa melakukan pembedahan dan kini masih belum pulih sepenuhnya, nampaknya seorang lagi aktor Bollywood terpaksa membuat pembedahan.


Namun pembedahan yang dilakukan Hrithik Roshan nyata berbeza dengan Shah Rukh Khan kerana dia terpaksa membuat pembedahan di bahagian otaknya selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.


Kecederaan itu dipercayai berlaku sewaktu Hrithik Roshan menjayakan filem Bang Bang arahan Siddharth Anand di Phuket dan akibat daripada itu, Hrithik Roshan terpaksa berdepan dengan penyakit subdural haematoma, yang mana ia menyebabkan darah sentiasa mengalir di bahagian urat otaknya.

 
Apapun pembedahan otak yang dijalani Hrithik Roshan, 39, di Hospital Hinduja di Khar pada Ahad lalu telah pun berlangsung dengan suksesnya dan pembedahan itu dilakukan oleh konsultan pakar bedah neuro, Dr B K Mishra selama 45 minit sahaja.


Bapa Hrithik Roshan iaitu Rakesh Roshan yang merupakan produser dan pengarah terkenal di Mumbai berkata, tiada apa yang perlu dirisaukan terhadap Hrithik Roshan.


"Anak saya seorang lelai yang tabah dan seluruh keluarga juga sentiasa bersama dengannya. Dia pasti akan cepat sembuh," katanya.sumber:murai.com

0 comments:

Post a Comment

Leave Your Comments