Tindakan seorang kanak-kanak perempuan China untuk melihat pemandangan di luar rumahnya di tingkat 24 sebuah pangsapuri mengundang padah, apabila kepalanya terperangkap pada jeriji besi yang dipasang pada tingkap kediamannya.
Dalam kejadian di daerah Daye, wilayah Hubei di tengah China Sabtu lalu, kanak-kanak berusia lima tahun tersebut yang tinggal bersendirian di rumah, bertindak memanjat tingkap ruang tamu rumahnya untuk melihat pemandangan di luar.
Namun agak malang bagi kanak-kanak itu apabila kepalanya tersangkut pada jeriji besi sedangkan anggota badannya yang lain telah melepasi besi tersebut sekali gus membuatkannya menangis dan tergantung pada ketinggian 70 meter.
Menurut media tempatan, tangisan kanak-kanak itu kemudiannya didengari jirannya yang bertindak menghubungi bomba.
Bomba dan polis yang tiba kemudiannya bertindak memecahkan pintu rumah, manakala seorang lelaki juga bertindak nekad untuk membantu mangsa dari rumah bersebelahan.
Dia yang mengikat pinggangnya dengan tali sambil disokong penduduk yang lain kemudiannya menggunakan selimut bagi memberi sokongan kepada mangsa.
Bomba kemudiannya berjaya memotong jeriji besi itu dan mangsa akhirnya berjaya di selamatkan.
Kanak-kanak itu bernasib baik kerana jika kepalanya boleh melepasi jeriji besi itu, dia mungkin sudah terjatuh dari ketinggian tersebut.
jom saksikan video ini:
0 comments:
Post a Comment
Leave Your Comments