Sejenis dadah berbahaya telah menjadi trend di kalangan para penagih dadah ini di Rusia..Dadah jenis ini di sebut sebagai Krokodil (buaya)..Dadah ini mempunyai kesan yang sangat mengerikan dan menakutkan, yang akan memamah kulit, daging dan tulang dari para penagih..Nak tahu dengan lebih lanjut, jom lihat kat bawah ni..
Dadah Krokodil termasuk jenis desomorphine sebuah sintetik opioid yang lebih berbahaya daripada heroin. Ubat terlarang ini dibuat melalui beberapa siri reaksi kimia dan campuran beberapa bahan saraf yang lain.
Dadah ini mudah dibuat daripada codeine, iodin dan fosforus merah ,dalam proses yang sama untuk pembuatan methamphetamine dari pseudoephedrine ; seperti methamphetamine, desomorphine dibuat cara ini sering sangat kotor dan tercemar dengan pelbagai hasil sampingan toksik dan menghakis.
Di Rusia, heroin biasa dijual dengan harga sekitar $ 40 per-dosis di Rusia. Penggunaan desomorphine biasanya di campur dapat dengan Kodein-ubat penghilang rasa sakit berasaskan dan bahan-bahan pencuci rumah .
Walaupun kesan penggunaan heroin boleh bertahan empat hingga lapan jam, kesan Krokodil biasanya tidak sampai satu jamatau setengah jam untuk membuat si penagih merasa khayal. hebat jenis dadah krokodil ni !!
Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan kesan yang sangat buruk sekali dari dadah terlarang ini. Kesannya menimbulkan luka pada anggota tubuh dengan kerosakan yang sangat teruk, bahkan banyak di antaranya mengakibatkan daging membusuk dan kulit pengguna semakin menghakis. Kulit dan daging mengelupas dari tulangnya. sumber
jom saksikan video manarik ini .
0 comments:
Post a Comment
Leave Your Comments