Dia masih mampu mengukir senyuman ketika diwawancara walaupun jelas Laxmi kelihatan berusaha untuk mengekalkan semangatnya.
Dia melihat kawan-kawannya membesar menjadi wanita, sepanjang masa mengetahui dia tidak akan mencapai akil baligh.
LAXMI |
Mereka akan menjadi isteri dan ibu, manakala Laxmi terpaksa menjalani kehidupan dalam ketakutan dan cemuhan.
Laxmi berkata: “Saya dibuli sepanjang usia dewasa kerana saiz yang kecil. Saya jarang keluar rumah kerana takut disakiti.”
Bapanya, pengawal keselamatan, Bahadur, 58 meraih 8,000 rupee (RM423) sebulan, tidak mampu untuk mendapatkan hormon pembesaran yang mungkin dapat membantu keadaan Laxmi jika diambil sebelum dia mencecah usia 16 atau 17 tahun.
Nasib baik Laxmi yang berasal dari Gurgoan dekat ibu negara India, New Delhi dapat pergi ke sekolah yang sama seperti Azad dan adiknya, Suman, 15, yang mempunyai ketinggian normal.
“Saya benci bertemu dengan rakan baru kerana ia menyakitkan apabila setiap kali direnung dan dibuli. Saya kini belajar untuk tidak mempedulikan mereka dan kadangkala saya agak biadap dan memberitahu mereka apa yang saya fikirkan,” katanya. -SUMBER:harian metro
0 comments:
Post a Comment
Leave Your Comments