Breaking News
Loading...
Friday, July 19, 2013

Info Post
FOTO yang disediakan oleh Sistem Mitigasi Serangan Jerung menunjukkan dua orang lelaki memakai sut antijerung yang mampu menghalang pemakainya daripada diserang jerung.- AFP

 
SYDNEY - Sebuah firma penyelidikan Australia, Sistem Mitigasi Serangan Jerung (SAMS) telah bekerjasama dengan Institut Laut Australia di University of Western Australia (UWA) untuk melancarkan dua jenis sut antijerung yang pertama di dunia Khamis lalu.

Sut itu dikatakan menggunakan teknologi baharu yang mampu membuatkan jerung sukar melihat dan menyerang para pemakainya. Ia dihasilkan oleh dua orang usahawan iaitu Hamish Jolly dan Craig Anderson.

"Penciptaan sut ini adalah berdasarkan kepada penemuan baharu. Kami berjaya menggunakan penemuan itu dan menghasilkan material yang boleh mengelirukan sistem penglihatan jerung," kata Anderson.

Direka untuk penyelam dan mereka yang melakukan aktiviti snorkeling, sut berwarna biru putih itu dikenali sebagai "Elude". Ia mampu memanipulasi penglihatan jerung yang buta warna dan membuatkan pemakainya seolah-olah tidak dapat dikesan oleh jerung ketika berada di dalam air.

Sementara sut "Diverter" yang khas untuk peluncur ombak pula dihasilkan dengan corak belang berwana hitam putih.

"Kebanyakan haiwan pemangsa secara biologinya akan mengelak daripada memakan mangsa yang disifatkannya sebagai berbahaya. Belang hitam putih ini dilihat oleh jerung sebagai sesuatu yang tidak harus dimakan," kata penyelidik UWA, Shaun Collin.

Sut itu dihasilkan selepas kajian selama dua tahun yang dibiayai oleh kerajaan Australia berikutan peningkatan jumlah serangan jerung ke atas pengunjung pantai sejak kebelakangan ni. -sumber


 

0 comments:

Post a Comment

Leave Your Comments