Breaking News
Loading...
Monday, August 19, 2013

Info Post
 Apa kereta paling kecil di dunia? Maka ini jawapannya adalah kereta mainan, haha. Tapi ternyata jawapan itu salah. Kerana baru saja saya mendapat berita mengenai kereta-kereta paling comel dan paling kecil di dunia.

 Memang tidak sekecil kereta mainan, tapi untuk saiz kereta mini, 10 kereta berikut ini boleh dikatakan mini. Bukan miniatur , ya ..!Ok, langsung , ini dia 10 kereta terkecil di dunia:

 1. ElBil Norge Buddy Cab

 

ElBil merupakan kereta elektrik Norway. Ini merupakan model generasi keenam yang disebut Kewet. ElBil dibangunkan pertama kalinya pada 1991. Selama lima generasi pertama, lebih dari 1000 kenderaan elektrik yang dihasilkan, dijual di 18 negara.


2. Lumeneo Smera


 

Seorang warga Perancis membina kereta elektrik Lumeneo Smera hingga akhirnya dilancarkan . Saat ini hanya terdapat di Perancis, tetapi dijangka akan dijual di seluruh Eropah .

 3. Tango


 

Tango mempunyai dua motor elektrik yang membolehkan bergerak dengan kelajuan 100 kilometer sejam dalam masa kurang daripada empat saat. Mereka menjual dengan harga yang sangat tinggi. 

4. Reva G-Wiz

 

G-Wiz merupakan kereta bandar yang dibuat oleh Reva Electric Car Company di Bangalore, India. Kereta ini boleh didapati di eropah. 

5. Smart Fortwo

 

Smart Fortwo sememangnya sudah berada di jalan raya . Sepuluh tahun kemudian, versi konsep elektrik utuh, Ed Fortwo, diumumkan. Fortwo tidak hanya dijual di Eropah, tetapi juga terdapat di AS. 

6. Kandi Coco

 

Kandi Coco tersedia bagi penduduk Oklahoma, AS, dengan harga ekonomi. Ini berkat pengecualian cukai daripada kerajaan tempatan. Kereta elektrik dua penumpang ini dilancarkan pada 2009. 

7. Daihatsu Copen


 

Daihatsu Copen adalah kereta dua tempat duduk yang hanya terdapat di Jepun dan Eropah. Pengilang asal Jepun ini sudah menghasilkan Copen sejak 2001. 

8. Think City




 

Pengilang kereta Norway merancang membuat kereta yang seluruhnya menggunakan elektrik, seperti projek Amerika Syarikat. Namun, setelah dikeluarkan pertama kali pada 2009, pengilang ini menghentikan pengeluaran kerana alasan kesulitan modal.

 9. Bollore BlueCar

 

Kereta ini hanya terdapat di Perancis. BlueCar adalah kenderaan elektrik yang menawarkan kelajuan maksimum 135 kilometer per jam dan boleh berjalan sejauh 250 kilometer. Untuk mengisi bateri, BlueCar memerlukan waktu hingga enam jam

10. Ford KA



 

Ford memperkenalkan KA pertama kalinya pada 1996, dan mereka menganggap itu sebagai hari Volkswagen Beetle moden. Jualan kereta ini sangat laris di Eropah,dan di Amerika Syarikat. Bagi sebahagian rakyat eropah, menggunakan kereta murah ini lebih baik daripada mereka harus mengganti model kereta yang lebih  tua

.

0 comments:

Post a Comment

Leave Your Comments