Breaking News
Loading...
Friday, August 16, 2013

Info Post

Terletak di et-west street, San Francisco-California - adalah Lombard Street - jalan paling berliku dan paling terkenal di Amerika Syarikat. Keunikan Lombard Street terletak pada bentuknya yang mempunyai 8 buah selekoh tajam, dengan bentuk selekoh yang benar-benar sama, dan menyambung Hyde dan Leavenworth Street. Sebenarnya, jalan yang tidak terlalu lebar ini awalnya adalah sebuah tebing yang sangat curam dan berbahaya untuk dilalui kenderaan. Oleh sebab itu seorang pengusaha harta bernama Mr. Carl Henry, mempunyai idea untuk membuat sebuah jalanan yang boleh mengurangkan cerun tebing hingga 27%.

Pada tahun 1922 Lombard Street akhirnya dirasmikan menjadi jalan umum, dengan cerun 16 darjah, dan 8 selekoh yang masing-masing sepanjang 400 meter. Lombard Street adalah salah satu daya tarik San Francisco yang paling terkenal dan tempat yang paling banyak difoto setelah jambatan Golden Gate.

Mengingat kecuraman, setiap kenderaan yang mahu memlalui hanya dibenarkan melintas dengan kelajuan 5 batu / jam (8.0 km / jam), untuk mengelakkan kemalangan. Tetapi selain kecuramannya, ternyata jalanan ini memang jadi salah satu tempat yang didatangi para pelancong, kerana pemandangannya yang memukau dari bawah mahupun dari atas, dan kita pun juga boleh menikmati deretan mansion bergaya Victorian. Apalagi jika musim bunga dan musim panas tiba, Lombard Street penuh dengan warna-warni bunga yang memukau. Kerana keunikannya, beberapa filem juga tertarik menjadikan Lombard Street sebagai setting filem mereka, antara lain filem Vertigo (1958), What s Up Doc (1972), Magnum Force (1973), beberapa video klip, hingga muncul di video games.














0 comments:

Post a Comment

Leave Your Comments