Breaking News
Loading...
Saturday, July 20, 2013

Info Post
Pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi semalam telah membuat pengakuan mengejutkan apabila mengakui yang dia telah pun berkahwin dengan seorang pemuda yang 12 tahun lebih muda darinya, 9 Julai lalu. 

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, telah bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar setelah 5 tahun hidup menjanda dan perkenalan mereka hanya berlaku dalam masa yang singkat iaitu selama 2 minggu.

Menerusi laporan mStar Online hari ini, Abby menyifatkan perkahwinan itu adalah tidak dijangka dan pertemuan mereka bermula hanya selepas bertentang mata di sebuah pasar raya.

"Pertemuan bermula di sebuah pasar raya di mana kami tiba-tiba sahaja bertentang mata.
"Selepas dua minggu berkenalan, dia melamar saya dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Apa yang kami lakukan semua ini adalah kerana Allah. Saya tak tahu nak kata apa kerana ini adalah jodoh daripada-Nya. Saya berharap agar semua pihak mendoakan kebahagiaan kami sehingga akhir hayat," katanya yang dihubungi mStar Online semalam.

Bekas pelakon drama Gerak Khas itu bagaimanapun enggan mendedahkan pekerjaan suaminya, lokasi pertemuan mereka dan di manakah mereka diijabkabulkan sehinggalah beberapa perkara selesai.

Tambah Abby, dia tahu ada yang akan memberi respons positif dan negatif mengenai perkahwinannya itu, namun dia percaya apa yang dilakukan mereka adalah perkara yang baik dan ia adalah jodoh.

Pasangan tersebut bercadang akan mengadakan resepsi perkahwinan mereka pada 31 Ogos depan dan majlis di pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas itu.
Bagaimanapun, lokasi masih belum ditetapkan lagi.

Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 September 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,10, Marissa Dania Hakim,8, dan Maria Danisha Hakim, 5.

0 comments:

Post a Comment

Leave Your Comments