Breaking News
Loading...
Thursday, August 22, 2013

Info Post
SEORANG wanita Aymara, Ramona Bustos memijak ubi kentang untuk membuang kulitnya di pergunungan La Cumbre dekat ibu kota Bolivia, La Paz .

 

Orang Asli Aymara yang menetap di kawasan pergunungan di Bolivia mempunyai cara unik untuk membuang kulit ubi kentang.

Kaedah tersebut masih tidak berubah sejak ia pertama kali dicipta oleh puak Inca lebih 1,500 tahun dahulu.

Setiap kali musim menuai tiba, petani-petani Aymara akan membawa ubi kentang mereka ke kawasan tinggi di Pergunungan Andes.

Tanaman itu dijemur dalam cuaca sejuk beku di pergunungan tersebut selama tiga hari.

Sepanjang tempoh itu, ubi-ubi kentang tersebut akan membeku dan mengeras.

Selepas itu, kaum wanita Aymara akan memijak ubi kentang tersebut untuk membuang kulitnya.


Isi ubi kentang itu kemudian dijemur di bawah pancaran matahari untuk dijadikan hidangan tempatan yang enak dikenali sebagai chuno.


 

Orang Asli Aymara yang menetap di kawasan pergunungan di Bolivia mempunyai cara unik untuk membuang kulit ubi kentang.

Tanaman itu dijemur dalam cuaca sejuk beku di pergunungan tersebut selama tiga hari.
Sepanjang tempoh itu, ubi-ubi kentang tersebut akan membeku dan mengeras.



Suhu sejuk ekstrem menyebabkan kulit tanaman itu tanggal dengan mudah apabila dipijak.

0 comments:

Post a Comment

Leave Your Comments