Breaking News
Loading...
Friday, July 19, 2013

Info Post
7. Yosemite Falls, AS
 
Bermula dari nombor 7, Yosemite Falls di Taman Negara Yosemite, California, Amerika Syarikat. Dengan tinggi mencapai 739 meter, air terjun ini menjadi primadona pelancong dunia. Uniknya, air terjun ini mempunyai beberapa lembah yang memecah jatuhnya air dari atas.
Pada ketinggian 436 meter, ada sebuah lembah berukuran cukup besar. Jumlah air yang cukup besar dari atas seakan melanggar lembah dan menghasilkan percikan air yang indah. Kemudian, air akan kembali jatuh ke bawah. Selanjutnya, ada juga lembah kecil di ketinggian 205 meter dan 97 meter.
Lembah-lembah tersebut tidak dibuat oleh manusia. Air terjun yang tinggi membuat tekanan air sangat besar, sehingga membuat lubang yang saat ini dikenal dengan nama lembah di Yosemite Falls.

6. Mutarazi Falls, Zimbabwe

 
 
Siapa sangka, ternyata Zimbabwe juga punya air terjun yang sangat tinggi dan cantik. Namanya Mutarazi Falls, air terjun setinggi 762 meter yang jatuh di Sungai Mtarazi. Ternyata, air terjun ini sudah sering didatangi oleh banyak  pelancong.
Mereka yang datang biasanya adalah yang suka cabaran. Para pelancong tersebut biasa melompat bebas berbekal parasut dari puncak air terjun. Berbeza dengan Yosemite Falls yang mempunyai lembah, Mutarazi Falls nampak lurus tanpa halangan bagi yang mahu terjun bebas hingga ke dasarnya.

5. Gocta Cataracts, Peru

 
Selanjutnya  Gocta Cataracts di Peru yang punya 2 air terjun sekaligus. Keduanya mengalir dari ketinggian 771 meter menuju Sungai Cocahuayco. Air terjun ini sudah dikenal oleh warga sekitar selama berabad-abad. Tetapi kemudian mendadak terkenal kerana saintis berasal dari Jerman, Stefan Ziemendorff. Dirinya mengukur ketinggian air terjun dan mempopularkannya.
Air terjun ini dikenali mempunyai jumlah air yang besar.Kedengaran bunyi air terjun yang besarnya, suara deburan airnya sudah terdengar dari  beberapa kilometer.

4. Air Terjun Mongefossen, Norway

 
Hanya berbeza 2 meter dari Gocta Cataracts, Norway punya air terjun bernama Mongefossen dengan ketinggian 773 meter. Air terjun ini kelihatan sangat cantik. Banyak juga pelancong yang terjun bebas dari kemuncaknya.
Malangnya, air di Mongefossen saat ini sudah tak sederas dulu. Airnya digunakan sebahagian untuk penjanaan elektrik tenaga air. Jadi saat musim panas, boleh jadi Mongefossen tak akan mengeluarkan air sedikitpun.

3. Air Terjun Ramnefjellsfossen, Norway

 
 
Berada di posisi ketiga dan masih di Norway, ada Ramnefjellsfossen yang mempunyai ketinggian 818 meter. Air terjun yang juga dikenali dengan nama Utigardsfossen ini punya jumlah air yang sangat besar. Semua air tersebut mengisi Tasik Lovatnet yang tenang dan indah.
Pada ketinggian sekitar 599 meter, air yang jatuh dari kemuncaknya 'singgah' terlebih dulu batu yang cukup besar. Selepas itu, air kemudian kembali meluncur bebas menuju tasik di bawahnya.

2. Tugela Falls, Afrika Selatan

 
 

 
Mempunyai ketinggian 948 meter, membuat Tugela Falls dikenali sebagai air terjun tertinggi kedua di dunia. Air terjun ini berada di lereng Gunung Dragon yang masih masuk ke dalam kawasan Taman Negara Royal Krismas.
Selain memiliki ketinggian yang dahsyat, Tugela Falls juga punya dinding yang cantik. Sesekali air terjun akan terpecah kerana menghentam dinding batu yang menonjol keluar. Saat siang hari, Tugela Falls terlihat makin cantik. Air terjun ini akan disinari oleh cahaya matahari dan memantulkannya menjadi pelangi yang indah.

1. Angel Falls, Venezuela

 

 

 Di hujung Gunung Auyantepui di Rio Caroni, Taman Negara Canaima, Venezuela, Amerika Selatan, air terjun ini mengalirkan air dari ketinggian 979 meter. Nama air terjun ini sebenarnya diambil dari nama pilot yang pertama kali terbang untuk mencari  emas pada tahun 1963. Pilot bernama James Crawford Angel tersebut kemudian melihat air terjun dan mendaratkan pesawat tidak jauh lokasi. Untuk mengenang penemuannya, maka air terjun tersebu diberi nama Angel Falls.
Saat air sedang  terjun dari atas, jangan pernah untuk berdiri persis di bawah air dengan maksud untuk merelaksasikan badan seperti yang boleh anda lakukan di air terjun lain. Jika anda memaksakan itu, bukan kesegaran yang boleh didapati, tapi malah justru sakit yang boleh anda rasakan. Hati-hati juga jika merancang untuk terjun bebas dari kemuncaknya, sebab Angel Falls punya dinding berbatu tajam.sumber



0 comments:

Post a Comment

Leave Your Comments