Breaking News
Loading...
Friday, July 19, 2013

Info Post

Isteri pertama kepada aktor Ashraf Muslim, Noor Dayana Lokman, 26, telah meluahkan kekecewaannya di laman sosial Facebook (FB) semalam menerusi sebuah nukilan yang penuh puitis. Nukilan penuh hampa dan kecewa itu terpampang pada laman FB Dayana yang menggambarkan perasaannya selepas mengetahui dia telah dimadukan suaminya Ashraf Muslim yang juga pengamal perubatan Islam.

Ashraf Muslim telah membuat pengakuan menggemparkan Rabu lalu apabila mengaku di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang dia sudah berkahwin dengan seorang bekas kru produksi sebuah stesen televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada 7 Julai lalu.

Tindakan Ashraf itu telah menyebabkan Dayana seisi keluarganya berasa kecewa dan terkilan kerana kerana Ashraf telah bertindak merahsiakan perkahwinannya dengan memberitahu pemergiannya ke Bangkok adalah atas urusan bisnes.
Berikut merupakan nukilan Dayana yang ditulis di laman Facebook miliknya semalam:-

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau Fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

Dikatakan nukilan ini merupakan ciptaan individu lain di Facebook namun oleh kerana gambaran perasaan itu bertepatan dengan kejadian yang menimpa Dayana, ianya dilihat seolah luahan hati Dayana sendiri. Malah puisi ini telah menjadi trending di laman Facebook.

Usaha menghubungi Dayana oleh pihak media berhubung nukilan itu menemui jalan buntu kerana tidak kira sama ada Dayana atau bapanya enggan menjawab panggilan media.sumber

0 comments:

Post a Comment

Leave Your Comments